ujung minggu lalu, saya berkesempatan untuk tengok cite (movie) Senna link kat IMDB. Seingat saya F1 adalah sukan permotoran yg pertama saya kenal masa saya kecik dulu, dan kete yg paling saya ingat adalah kete wrna biru kuning putih, ngn sayap belakang ada jenama canon. Sedar x sedar, lepas da besar ni baru tau tu kete alain Prost 93' dan Senna plak 94'. Saya x kenal Senna sgt sblm ni, lepas tgok muvie ni baru tau kenapa dia adalah Greatest F1 Driver.
Muvie tu start camni, muvie ni bkn mcm muvie biasa, muvie ni jenis dokumentari. so ada byk org cakap. cari subs plak, x ramai yang wat subs cite ni. so pasang telinga jela. Ayrton Senna ni orang Brazil, karier dia mula masa dia main go kart > open wheel racing > british formula 3. Penampilan pertama Senna dlm F1 adalah paada tahun 1984 untuk pasukan Toleman-Hart. Nama dia dikenali sewaktu per4mance dia masa 1984 Monaco GP. bayangkan la, pasukan Toleman-Hart tu, klu ibarat sekarang ni kete pasukan Lotus la. (memang x ada saingan untuk pasukan 4 teratas),
senna angkat tgn mcm dia menang race monaco tu
bayangkan, masa tu, trek dipengaruhi oleh hujan lebat. Bermula di petak ke-13, dia membuat kemajuan yang mantap, dan berjaya memintas Niki Lauda untuk tempat ke-2 pada lap 19, dan mula merapati pendahulu,Alain Prost. Tetapi sebelum dia sempat memotong Prost, perlumbaan dihentikan di lap 31 atas alasan keselamatan, hujan terlampau lebat. Pada saat perlumbaan dihentikan, beza Senna dan Prost hanyalah 4 saat. [kete cikai je, tp senna bwk laju gile]. Akhirnya pada pusingan ke-32 bendera merah dipaparkan untuk berhentikan race. Namun menurut Peraturan, kedudukan dikira adalah mereka daripada pusingan terakhir diisi oleh driver pada lap 31, di mana Prost masih mendahului, dan tempat kedua Senna. Persembahan Senna waktu hujan race ni menjadi ciri khas kejayaan kerjayanya. [Sebenarnya, keputusan memberhentikan race tu adalah dasar politik F1. Pengurusi f1 masa tu Jean-Marie Balestre, orang perancis, dan Alain Prst pon orang perancis, lawan kat trek perancis, so x kan nk kasik pelumba amatur lagi noob menang no 1 dengan kete cikai lak tu. da la baru masuk f1 taun tu jgk.]
selepas taun tu, 1985-87, Senna g ke pasukan Lotus. kat sini org dpt tgok lagi kehebatan Senna. masa tu, sume orang tau, kete Lotus-Renault adalah jentera yg plg laju, tapi x stable. kehebatan Senna ni dpt dilihat, dimana, Senna pandai cari grip dkat trek dan mengawal kereta yg "monster" tu.
Senna memg seorg precise. jarang dia naik atas selekoh tu. [bump merah putih]
Taun 1988-93 Senna berada kat pasukan McLaren-Honda. masa ni , dianya partner pasukan juara dunia gak Alain Prost. masa zaman ni, x banyak pertlingkahan antara pasukan, tp zaman ni ada byk pertelingkahan antara driver. taun 88, jentera McLaren mp4/4 adalah kereta terbaik F1 hasilkan, menang 15 dari 16 perlumaban musim tu. MANUAL, ya dgn manual gearbox.
senna tumpang mansell. diorg memang tag team luar race
diskriminasi pihak F1 dgn Senna memg ketara. masa taun biala tah, Senna berjaya dpt pole position [1st place] utk start race. Senna ckp dia dapat pole position, so dia nk tmpat yg lebih grip. sekali FIA kasik dia pole position, tp tempat kurang grip. Senna bengang gile. Race tu bila start, memg Senna kena tinggal la. dia catchup balik sampai lepas race Prost respect abis kat Senna. Senna adalah seorng pelumba yg rajin dan bekerja keras. bukan seperti Prost dan pemandu2 lain, abis race pergi main golf! lol. Senna bg donation harta dia kat orang Brazil, Sebab tu org Brazil sayang dia lebih lagi dari diorang sayang kat Ronaldo 9.
kete Senna 1994 ngn pasukan William
Part last muvie ni cite pasal kemalangan yg meragut nyawanya. masa tu taun 1994, Senna g pasukan baru William. Taun sblm tu 1993, pasukan William ni juara, so Senna nk pasukan yg lebih laju dgn umur dia yg meningkat. dia nk tambah lagi koleksi kejuaran dia. start 1994, sume alat elektronik komputer kene ban. [diharamkan]. Pasukan William ni power bab2 technologi ni. sekali kene banned, kene wat keta baru la. Sejak awal musim, kete pasukan ni memang masalah. 3 race sblm ni, Senna x bjaya habiskan race, masalah teknikal, masalah kereta. jadi Driver point Senna adalah 0, leader masa tu team Benetton, Michael Schumacher [Schuey]. so pusingan ke4 1994 San Marino GP, Senna kena menang utk reduce perbezaan point. Masa hari kelayakkan tu, da ada orang mati. Masa ari race plak, rakaman tv menunjukkan Senna mcm x semangat nk race. So race pon Mula...lpas beberapa lap, ada kemalangan jadi sume kereta jln slow ikut safety car. lepas safety car kasik lampu ijau, Senna trus pecut, [masa tu Senna leading race, Schuey no 2, beza masa lebih kurang 4-5sec] sampai kat selekoh Tamburello, Senna kemalangan, sekaligus ragut nyawa nya. sekali tgok kemalangan x kasar sgt, tp impact g-force yg kena tu lebih berat.
helmet Senna
Senna adalah seorang
-laju masa qualifying round
-MR Monaco, menag kat litar monaco 6 kali
-master of the rain
-Pandai cari grip ketika selekoh
-Less talk, work more
-product dari Go-kart
-GREATEST DRIVER
Quote dari Senna masa d interview oleh Jackie Stewart 1990.
"By being a racing driver you are under risk all the time. By being a racing driver means you are racing with other people. And if you no longer go for a gap that exists,you are no longer a racing driver because we are competing, competing to win. And the main motivation is to compete for victory, it's not to come 3rd, 4th, 5th or 6th. I race to win as long as I feel it's possible. Sometimes you get it wrong? Sure, it's impossible to get it right all the time. But I race designed to win, as long as I feel I'm doing it right."
trailer muvie ni
Top Gear Tribute untuk Senna sape x dpt tgok muvie dia tu. sumary dari Top Gear da cukup utk kasik gambaran the Greatest F1 Driver. Pure Racer!
No comments:
Post a Comment